Syairku

Cinta Dunia.

Ohh dunia, 
Kehidupan manusia nan sementara.
Jauh perjalanan masa melewati umur kian senja. 
Usaha segala apa yang dicita.
Mengejar impian apu jua cara. 
Apakah cara menghalalkan segalanya? 
Melayan nafsu tidak pernah kenyang jua. 
Akhlak budi entah kemana.
Keikhlasan cuma cermin kepada manusia. 
Kosong jiwa tiada makna. 
Hidupkanlah sinar iman di malam gelita. 
Kalau tidak musnahlah segala.

Nukilan Nurasfizah Anouar (21/02/2013) 


AKU INI

Aku ini,
Ingin berdiri sendiri,
Jatuh bangun urusan peribadi,
Kemana lagi inginku membawa hati,
Kalau bukan kepada Rabbul Izzati,
Jiwa ingin damai bertafakur sepi,
Jauhlah dari jahil insani,
Jauhlah sibuk duniawi,
Jauhlah umpat dan keji,

Aku ini,
Bukanlah bertaraf sufi,
Bukan juga kerana mencari puji,
Bukan kerana hidup ini  aku kesali,
Namun, hakikat ujian Illahi harus difahami,

Aku ini,
Punya iman dan kendiri,
Menyelusur laluan Islam yang murni,
Akhlak dan budi diteladani,
Sebagai penegak kebenaran di suatu masa nanti.

Nukilan Nurasfizah Anouar (28/02/2013)




No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text